Saturday, Dec 20th

Kemaskini terakhir: 07:28:20 AM GMT

Anda Di Sini: Terkini Berita Kabar Terkini Dari Gaza & Mesir

Kabar Terkini Dari Gaza & Mesir

 

UPDATED

Satu perkongsian pengalaman oleh Professor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah berlangsung pada 3 Februari 2012 bertempat di Surau An-Nur Taman Tasik Fasa 2. Para hadirin hadir untuk solat Maghrib berjemaah sebelum sesi perkongsian bermula tepat jam 8 malam. Sesi kali ini merupakan sesi perkongsian 'hangat' oleh Dr Hafidzi memandangkan beliau baru sahaja pulang dari misi BOT(Board of Trustee) to Gaza atau singkatannya B2G yang bermula dari 22 Januari hingga 29 januari yang lepas. Ternyata laporan yang dibentangkan oleh Dr Hafidzi hasil dari lawatan beliau bersama Bendahari BoT Aqsa Syarif iaitu Dr. Ir. Hj Selamat Aliman, Timbalan Amir Pertubuhan IKRAM UK & Eire iaitu Saudara Mohd Azim Ismail dan Ustaz Kamaruzaman A.Rahim iaitu Eksekutif Hubungan Luar di Ibu Pejabat Aqsa Syarif begitu mengujakan.

Lawatan ke setiap projek yang telah dilaksanakan dalam misi Aqsa 2 Gaza 2 semasa bulan Ramadhan yang lepas berkat dari sumbangan rakyat Malaysia telah membuahkan hasil. Tidak tergambar kegembiraan melihatkan setiap projek yang dilaksanakan memberi manfaat kepada sahabat dan saudara kita di Palestin dengan izin Allah. Ternyata hadirin terpegun menanti sehingga ke penghujung ceramah sebelum menunaikan solat isyak berjemaah disamping menjamu hidangan yang disediakan oleh pihak surau An-Nur. Tabung prihatin Palestin juga diedarkan sepanjang sesi perkongsian berlangsung. Juga tidak ketinggalan gerai Aqsa Syarif yang menjual pelbagai buku terkini berkisar Palestin, coklat Aqsa Syarif dan sebagainya.

Alhamdulillah sebanyak RM3629 sumbangan telah diamanahkan kepada Aqsa Syarif oleh jemaah yang hadir untuk meneruskan perjuangan membela dan mengembalikan haq rakyat Palestin. Semoga semangat dan rasa kebersamaan rakyat Malaysia amnya, dan Negeri Sembilan khususnya dalam memperjuangkan isu Palestin akan terus mekar dan istiqomah.

 

Memperkasakan Ummah, Membebaskan Al-Aqsa