Monday, Sep 22nd

Kemaskini terakhir: 07:28:20 AM GMT

Anda Di Sini: Terkini Berita Sistem Pengurusan IKRAM (SPI) - Profesionalisme Dalam Bekerja

Sistem Pengurusan IKRAM (SPI) - Profesionalisme Dalam Bekerja

Seremban- Seramai 15 orang ahli jawatankuasa negeri dan daerah-daerah IKRAM Negeri Sembilan serta sayap Wanita IKRAM Negeri Sembilan telah berjaya menjalani Kursus Sistem Pengurusan IKRAM (SPI) pada 23hb Mei 2011. Bertempat di Bilik Gerakan, Sekolah Rendah As-Sa’idiyyah, kursus SPI telah dikendalikan oleh Hj. Mohamad Yaakub, Penolong Setiausaha IKRAM Pusat, dan Hj. Mohd Salleh, pemaju laman web SPI, bermula pada pukul 8.40 malam sehingga 12.00 pagi.

Kursus SPI di Seremban merupakan kursus yang ke sembilan kalinya diadakan untuk IKRAM negeri bagi mencapai objektif memiliki sistem pengurusan yang cekap dan sistem pengurusan kewangan yang telus di peringkat pusat, negeri dan juga daerah-daerah IKRAM di seluuh Malaysia.

Selain mendengar taklimat dari Penolong Setiausaha Agung IKRAM, para peserta juga telah diberikan tugasan secara praktikal untuk mengendalikan SPI agar seusai kursus IKRAM Negeri Sembilan dan daerah-daerahnya dapat menggunakan SPI sebaik mungkin serta mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh IKRAM Pusat.